Unit Penerbitan UniMAP

KENALI KAMI

 


Unit Penerbitan UniMAP
 
Unit Penerbitan telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2003 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Universiti Bil 1 (2003). Unit Penerbitan adalah sebuah unit yang dipertanggungjawabkan untuk mempergiatkan aktiviti penerbitan karya-karya ilmiah di kalangan ahli-ahli akademik yang bertujuan menyokong rancangan pembelajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Disamping itu, ianya adalah salah satu usaha penyebaran ilmu kepada masyarakat umum.


Sejak ditubuhkan Unit Penerbitan menggunakan imprint Penerbit Universiti Malaysia Perlis pada setiap bahan terbitannya dan menerima pelbagai karya dalam semua genre ilmu seperti sains, kejuruteraan, sains sosial dan kemanusiaan. Terbitan pertama yang dihasilkan ialah Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Kejuruteraan pada tahun 2004. Antara jenis penerbitan diberi tumpuan  ialah penerbitan buku karya asli ilmiah, buku separa ilmiah, buku ilmiah popular, buku rujukan, buku terjemahan, modul pengajaran, modul makmal, jurnal, prosiding, siri syarahan umum dan terbitan khas universiti.





MISI
Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bidang kejuruteraan dan bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf dan diterima secara meluas sebagai penerbitan berkualiti di dalam dan luar negara.
 
 
VISI
Menjadi Pusat Penerbitan ilmiah untuk Pengajian Tinggi yang terkemuka dan disegani di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 
OBJEKTIF

  • Sebagai Pusat yang mempunyai kuasa  melaksanakan dasar penerbitan bagi pihak UniMAP.
  • Menyediakan UniMAP sebagai sebuah pusat pengajian tinggi awam teknikal yang berdaya saing dalam menyumbangkan penerbitan ilmiah dan separa ilmiah yang berasaskan ilmu kejuruteraan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan.
  • Sebagai Pusat pembudayaan penulisan bahan-bahan ilmiah termasuk hasil penyelidikan dan memperkasakan keilmiahan para ilmuan UniMAP melalui penerbitan yang mencapai penarafan tertinggi nasional dan antarabangsa.
  • Mengukuh dan meluaskan sistem pemasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa sekali gus membentuk budaya profesionalisme dalam pemasaran dan pengedaran bahan terbitan ilmiah.
  • Menjana kekayaan dari segi ekonomi, citra universiti dan ilmu.
  • Meluaskan dan meningkatkan impak proses memasyarakat ilmu kejuruteraan  dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dalam kalangan masyarakat umum untuk mencapai Wawasan 2020.
 
 
FUNGSI

 
  • Bertanggungjawab mendapatkan manuskrip atau hasil penulisan daripada Staf Akademik dan mana-mana Staf lain di UniMAP atau mana-mana individu atau kumpulan yang dibenarkan oleh Dasar Penerbitan UniMAP.
  • Bertanggungjawab mengesan dan menilai kualiti manuskrip serta memberi justifikasi kelemahan dan kekuatan sesebuah manuskrip dengan mengambil kira kepentingan pasaran  dan keperluan UniMAP untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penerbitan.
  • Melakukan kerja penyuntingan substantif dan penyuntingan naskhah terhadap manuskrip yang diterbitkan.
  • Membangun dan membuat perancangan judul baru yang mempunyai potensi pasaran di dalam dan di luar negara bagi memenuhi keperluan perancangan dan cialisfrance24.com pengkembangan penerbitan masa depan secara berterusan
  • Menganjurkan aktiviti latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran penulisan, pengarangan dan penyuntingan untuk bakal penulis dan penulis.
  • Bertanggungjawab menjalankan dan menguruskan kerja-kerja reka bentuk buku, atur letak, dan penghasilan grafik dan percetakan bahan terbitan.
 

- See more at: http://unimappress-ps.blogspot.com/p/kenali-kami.html#sthash.uXXHNohZ.dpuf

Hits :
Thursday the 23rd. Official Website Research & Innovation Office

 

 

     

     

Research & Innovation Office 4 Level, Bangunan KWSP,Jalan Bukit Lagi, 01000,Kangar Perlis 

TEL : +604- 9798729 | FAX : +604- 9798039 

 

Best viewed using Google Chrome with resolution of 1024 x 768   

 

 

 

 

. Best online poker sites - All rights reserved.