Dua Pensyarah UniMAP Terima Pengiktirafan di Romania

 

 

 


Romania, 25 Mei – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar sejarah terbaru bidang penyelidikan apabila dua pensyarahnya berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan menerima pengiktirafan khas daripada agensi penyelidikan dan pendidikan Romania.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FETech), Alida Abdullah menerima pengiktirafan tertinggi apabila dinoatkan sebagai penerima Anugerah Khas Penyelidik Wanita dalam penyertaannya di Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah (EUROINVENT 2014) kali ke-6 anjuran Persatuan Penyelidik Romania yang berakhir malam tadi.

Turut menerima pengiktirafan dari negara berkenaan ialah Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah yang juga Ketua Delegasi UniMAP yang dilantik sebagai Penyelidik Bersekutu Kehormat oleh Technical Universiti of Iasi (TUI), Romania untuk tempoh dua tahun.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, kejayaan kedua-dua penyelidik berkenaan yang bernaung di bawah Pusat Kecemerlangan Geopolimer & Teknologi Hijau (CEGeoGTech) membuktikan keupayaan UniMAP di persada antarabangsa dan sekaligus menjadi rujukan ahli akademik di serata dunia.

Menurut beliau, hasil penyelidikan kedua-dua penyelidik berkenaan yang mengetengahkan teknologi hijau dalam bidang pembinaan bukan sahaja dijadikan pakar rujuk penyelidikan, malah ia turut diiktiraf dari aspek penerbitan ilmiah.

“Mohd. Mustafa misalnya akan memikul tanggungjawab sebagai penyelidik bersekutu untuk tempoh dua tahun dan dalam tempoh tersebut beliau perlu bekerjasama dengan penyelidik TUI dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang dapat memberi impak besar kepada kedua-dua negara.

“Dalam masa sama, kerjasama tersebut harus meliputi bidang penerbitan artikel, pengkomersialan produk dan kerjasama saintifik dengan agensi luar. Dalam pada itu, kejayaan Alida menerusi produknya Fly Ash Artificial Geopolymer Aggregate Using Low Temperature membuktikan usia muda dan jantina bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan di persada antarabangsa,” ujar beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

EUROINVENT 2014 berlangsung mulai 21 Mei lalu di pusat membeli-belah di bandar Iasi di Pallas Mall. Seramai 5 orang penyelidik UniMAp turut serta dalam dalam pameran kali ini yang mana pencapaian 100 peratus dicatatkan apabila kesemua 12 produk UniMAP berjaya meraih pingat.

Selain anugerah khas, Alida juga turut menyumbangkan pingat emas menerusi produk yang sama. UniMAP turut meraih 8 pingat emas dan 4 pingat perak menerusi pameran tersebut.

Pameran tahunan ini menghimpunkan lebih 25 buah negara antaranya Croatia, Taiwan, Maldova, Turki, Poland, Ukraine, Tunisia, Perancis, Portugal, Qatar dan Bosnia selain turut disertai oleh 20 buah universiti dan industri dari seluruh Romania.

Dr, Kamarudin berkata, antara penyelidik lain yang turut menyumbangkan pingat emas adalah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Dr. Mohd Firdaus Omar, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Dr. Mukhzeer Mohamad Shahimin serta Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Mohd. Fathullah Ghazli.

Deligasi UniMAP turut disertai oleh tiga buah sekolah iaitu Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Rawang, Sekolah Menengah St. Michael Penampang Sabah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah Perak. Para pelajar ini adalah para penyelidik muda yang diletakkan di bawah naungan ENVEX Young http://cialisfrance24.com Researcher Club (EYReC) kendalian UniMAP.

Dalam perkembangan lain, UniMAP turut mempromosikanAsia Summer Programme (ASP) yang bakal dianjurkan oleh UniMAP Ogos ini. Program ASP ini merupakan program yang berteraskan kepada akademik dan pertukaran budaya di antara Negara terlibat. UniMAP di pilih sebagai penganjur yang ketiga selepas Universiti Petra Kristian, Indonesia dan Universiti Dongseo, Korea Selatan.

 

 

 

Hits :
Thursday the 23rd. Official Website Research & Innovation Office

 

 

     

     

Research & Innovation Office 4 Level, Bangunan KWSP,Jalan Bukit Lagi, 01000,Kangar Perlis 

TEL : +604- 9798729 | FAX : +604- 9798039 

 

Best viewed using Google Chrome with resolution of 1024 x 768   

 

 

 

 

. Best online poker sites - All rights reserved.