ITEX 2014

 

Tahniah kepada UniMAP kerana telah berjaya melakar kejayaan 100% pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2014) dan Pameran Pereka Muda Asia (AYIE) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebanyak 70 produk dipertandingkan untuk ITEX dan 14 produk dalam cabaran AYIE.

 

Anugerah Tertinggi Keseluruhan ITEX'14 berjaya dirangkul oleh UniMAP selepas semua 84 produk yang dipertandingkan UniMAP pada ITEX dan AYIE meraih 65 emas, 17 perak dan 2 gangsa. Daripada jumlah ini, sebanyak 55 emas, 14 perak dan 1 gangsa dimenangi pada ITEX manakala 10 emas, 3 perak dan 1 gangsa dimenangi pada pada AYIE. Selain itu, UniMAP juga merangkul Anugerah Patron.

 

Kejayaan yang diperolehi pada ITEX 2014 melangkaui sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 40 pingat emas, kata Naib Canselor UniMAP Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

 

”Saya amat teruja dengan kejayaan besar yang kita raih ini dan ia membuktikan bidang penyelidikan di UniMAP semakin berkembang dengan penghasilan produk-produk baru berteknologi tinggi.

 

” Kejayaan ini menunjukkan peningkatan mendadak UniMAP berbanding tahun lalu yang meraih tempat kedua dengan jumlah kutipan pingat sebanyak 32 emas, 26 perak dan satu gangsa dari 60 produk yang dipertandingkan,” katanya ketika ditemui di sini.

 

ITEX 2014 berlangsung selama tiga hari bermula dari 8 hingga 10 Mei 2014, ia dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah.

 

Sebanyak 40 institut pengajian tinggi, agensi kerajaan dan antarabangsa menyertai ITEX 2014 kali ini.

 

 

 

 

 

Hits :
Friday the 22nd. Official Website Research & Innovation Office

 

 

     

     

Research & Innovation Office 4 Level, Bangunan KWSP,Jalan Bukit Lagi, 01000,Kangar Perlis 

TEL : +604- 9798729 | FAX : +604- 9798039 

 

Best viewed using Google Chrome with resolution of 1024 x 768   

 

 

 

 

. Best online poker sites - All rights reserved.